comscore
Tumpuan :
Nasional

Lelaki meninggal dunia, terpijak serpihan kaca

TUMPAT: Seorang lelaki meninggal dunia akibat terpijak kaca ketika mencari besi buruk dan barangan terpakai di tapak pelupusan sampah.

Dalam kejadian jam 1.30 tengah hari Isnin lalu, mangsa yang berusia 37 tahun ke lokasi kejadian di Kampung Kok Bedullah di sini untuk mencari barangan terpakai, tin dan besi buruk bersama rakannya.

Ketua Polis Daerah Tumpat, Asisten Komisioner Mohd Khairi Shafie, berkata rakan mangsa memberitahu ketika mereka sedang mencari barangan terpakai, mangsa terpijak serpihan kaca yang terkena bahagian bawah buku lali kanan.

“Kecederaan itu menyebabkan pendarahan yang banyak dan mangsa dipapah oleh rakannya berusia 25 tahun keluar dari tempat pelupusan sampah dalam keadaan tenat.

“Dalam perjalanan keluar, mangsa tidak sedarkan diri dan rakannya menghubungi ambulans.

“Bagaimanapun mangsa disahkan meninggal dunia oleh pembantu perubatan yang hadir di tempat kejadian,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Mohd Khairi berkata, siasatan awal terhadap mangsa yang bekerja sebagai pengutip sampah tidak menemui sebarang kecederaan yang berunsurkan jenayah.

Katanya lagi, hasil bedah siasat yang dibuat di Hospital Tumpat mendapati kematian mangsa adalah disebabkan pendarahan serius akibat terpijak serpihan kaca dan kes diklasifikasi sebagai mati mengejut.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa

Loading...
Terkini