comscore
Tumpuan :
Nasional

Lelaki memandu ala samseng jalanan sudah dirakam keterangan

Lelaki tular kerana memandu ala samseng jalanan dalam kejadian di MRR2 baru-baru ini, tampil untuk dirakam keterangan. -FOTO Ihsan Polis

AMPANG JAYA: Pemandu kereta yang tular gara-gara berlagak ala samseng jalanan semasa memotong barisan di susur Pandan Indah, Jalan Lingkaran Tengah 2 (MRR2) di sini baru-baru ini sudah memberi keterangan kepada polis.

Video berdurasi 14 saat memaparkan kejadian itu tular di media sosial semalam.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya Asisten Komisioner Mohd Farouk Eshak berkata, pemandu Perodua Myvi itu hadir ke Balai Polis Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya malam tadi untuk memberi keterangan berhubung kejadian berkenaan.

“Kes disiasat mengikut Peraturan 6(1) Kaedah-kaedah Lalu Lintas Jalan 1959 (Memotong barisan),” katanya dalam kenyataan hari ini.

Berdasarkan video tular, lelaki berusia 39 tahun yang memandu kereta jenis Perodua Myvi berwarna hitam itu datang dari arah kanan lalu cuba memotong semula ke kanan secara melulu lalu dihon sebuah kereta lain.

Akibat berang, pemandu Myvi terbabit dilihat menghayun tangan ke luar tingkap beberapa kali.

Kejadian dipercayai berlaku pada Khamis lalu, jam 5.47 petang ketika laluan  sesak dengan kenderaan.

Loading...
Terkini