comscore
Tumpuan :
Kemalangan

Lelaki maut, wanita cedera kereta terbakar

KUALA LUMPUR: Seorang lelaki maut, manakala seorang wanita warga Thailand cedera  selepas kereta mereka terbabit dalam kemalangan sebelum terbakar di laluan motosikal Jalan Seputeh, di sini, malam tadi.

Kebakaran menyebabkan kereta terbabit musnah sepenuhnya.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kuala Lumpur berkata api dapat dikawal menggunakan dua aliran hos.

Bomba  katanya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu jam 10.18 malam tadi.

“Seramai 17 anggota bersama beberapa jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Seputeh dan BBP Pantai dikejarkan ke lokasi kejadian.

“Sebaik tiba, kami mendapati terdapat kebakaran membabitkan sebuah kereta yang tidak dapat dikenal pasti jenis serta nombor pendaftaran,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

“Terdapat dua mangsa dilaporkan dalam kejadian ini membabitkan seorang lelaki tempatan yang maut, manakala seorang wanita warga Thailand hanya cedera ringan.

“Mangsa berkenaan menerima rawatan awal daripada Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) sebelum dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM),” katanya.

Loading...
Terkini