comscore
Tumpuan :
Jenayah

Lelaki maut perut terburai, tiga suspek warga asing ditahan

HULU SELANGOR : Polis menahan tiga lelaki warga asing yang dipercayai terbabit dalam satu kes pergaduhan sehingga menyebabkan kematian di Sungai Gumut, Kampung Sungai Serian Kalumpang, dekat sini, hari ini.

Timbalan Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, DSP Mohd Asri Mohd Yunus dalam satu kenyataan memaklumkan, pihak polis menerima satu panggilan berhubung satu kejadian pergaduhan membabitkan dua lelaki warga asing di sebuah rumah pekerja ladang di Sungai Gumut Kalumpang.

Katanya, selepas polis tiba di lokasi kejadian, pihaknya mendapati terdapat seorang mangsa dalam keadaan tertiarap dengan isi perut terkeluar dan dipercayai telah meninggal dunia.

“Bertindak atas maklumat, pada 10 Mac 2023 jam lebih kurang 1.30 pagi, sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Daerah (IPD) Hulu Selangor telah melakukan tangkapan terhadap dua suspek warga asing yang dipercayai tinggal bersama dengan mangsa.

“Susulan dari tangkapan tersebut, seorang lagi yang dipercayai suspek utama telah berjaya ditangkap kira-kira jam 11 pagi pada hari yang sama dikawasan hutan berhampiran tempat kejadian”, katanya.

Ujian saringan air kencing terhadap kesemua suspek berusia 28 hingga 33 tahun itu mendapati negatif dadah selain tidak mempunyai rekod lampau.

Kes disiasat dibawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Dengan tertangkapnya ketiga-tiga suspek terbabit, pihak polis telah berjaya menyelesaikan kes bunuh kurang daripada 24 jam.

Loading...
Terkini