Tumpuan :
Nasional

Lelaki maut nahas di persimpangan lampu isyarat

BAU: Seorang lelaki berusia 21 tahun maut selepas motosikal  ditunggangnya terlibat kemalangan dengan sebuah kenderaan jenis Perodua Bezza jam 11.30 malam tadi.

Ketua Polis Daerah K-P-D Bau, Deputi Supritenden (DSP) Poge Nyaon berkata, nahas dipercayai berlaku apabila pemandu Perodua Bezza  merasakan terlanggar sesuatu ketika melintasi persimpangan Lampu Isyarat.

“Pemandu kenderaan terbabit telah berhenti dan keluar untuk mememeriksa keadaan.

“Setelah keluar dari kenderaan, pemandu terbabit mendapati terdapat sebuah motosikal berada di hadapan kenderaannya manakala pengunggang motosikal terbabit berada di sebelah kanan bahu jalan,” katanya dalam satu kenyataan.

Mangsa disahkan maut di lokasi kejadian oleh pasukan Paramedik Kementerian Kesihatan K-K-M yang  tiba di lokasi kejadian.

Mayat mangsa  dibawa ke Hospital Bau.

Punca kejadian masih dalam siasatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Loading...
Terkini