Tumpuan :
Nasional

Lelaki maut motosikal ditunggangi bertembung 2 kenderaan

Oleh: Safwan Sawi

TENOM: Seorang penunggang motosikal maut dalam kemalangan membabitkan tiga kenderaan di Jalan Kemabong di sini, petang tadi.

Dalam nahas sekitar 6 petang itu, mangsa Amir Mustafa, 55 tahun disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian selepas dua kenderaan jenis Proton Iswara dan Produa Bezza bertembung dengan motosikal ditungganginya jenis Yamaha LC135.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Sabah berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung insiden itu pada jam 6.28 petang.

“Terdapat seorang mangsa iaitu penunggang motorsikal dilaporkan meninggal dunia di lokasi yang disahkan oleh pegawai perubatan,” katanya dalam satu kenyataan, di sini, hari ini.

Pasukan Bomba bersama orang awam bertindak mengangkat kenderaan bagi mengeluarkan mangsa.

Mangsa seterusnya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

“Setelah memastikan tiada bahaya lain di lokasi, operasi ditamatkan pada jam 7.01 malam,” kata kenyataan itu.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini