MELAKA : Seorang lelaki maut selepas kereta yang dipandunya terbabas dan terjunam ke dalam longkang besar, malam tadi.
Nahas berlaku di hadapan Institut Pendidikan Guru IPG Kampus Perempuan Melayu, Jalan Durian Daun, kira-kira jam 8.50 malam.
Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit berkata, ketika kejadian mangsa dalam perjalanan dari arah pusat bandar menuju ke Bukit Baru.
”Kereta mangsa dipercayai hilang kawalan dan terjunam ke dalam longkang di hadapan IPG,” katanya.
Mangsa, Tey Shen Hao, 26, yang cedera parah di kepala maut di tempat kejadian.
Mayat mangsa dihantar ke Unit Forensik Hospital Melaka.
Siasatan mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.