comscore
Tumpuan :
Nasional

Lelaki maut, kereta terbabas rempuh treler

Foto: PDRM

MARANG: Seorang lelaki maut apabila kereta dipandunya terbabas sebelum memasuki laluan bertentangan dan bertembung dengan treler di Kilometer 12 Jalan Kuala Terengganu-Kuantan dekat Kampung Rusila, di sini, hari ini.

Ketua Polis Daerah Marang, Deputi Superintendan Ts Mohd Razman Setapa berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian pada 9.57 pagi.

Menurutnya, siasatan awal mendapati Proton Wira dipandu mangsa berusia 39 tahun dari Kuala Terengganu terbabas lalu memasuki laluan bertentangan.

Foto: PDRM

Katanya, akibat jarak terlalu dekat, pemandu treler tidak sempat mengelak lalu merempuh kereta terbabit.

“Akibat itu, pemandu kereta mengalami kecederaan parah di kepala dan dada serta meninggal dunia di tempat kejadian.

“Mayat mangsa dibawa ke Unit Forensik Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ). Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.

Katanya, orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menghubungi Pegawai Penyiasat Trafik Inspektor Mohamad Syafiq Amsyar Zaharuddin di talian 013-9195738 atau 09-6182222 bagi membantu siasatan.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini