comscore
Tumpuan :
Nasional

Lelaki maut, kereta bertembung dengan lori simen

FOTO: JBPM

SARATOK: Seorang lelaki maut setelah kereta yang dipandunya bertembung dengan sebuah lori simen dalam kemalangan berdekatan Kampung Melayu Roban di sini.

Dalam kejadian jam 12.00 tengah hari tadi, mangsa, Hazman Wahab, 36, maut di lokasi kejadian selepas kenderaan dipandunya remuk dipercayai dihempap lori berkenaan.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata, tujuh anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Saratok diarahkan ke lokasi kejadian sejurus menerima panggilan kecemasan.

“Sampai di lokasi kejadian, anggota bomba mendapati mangsa yang memandu  Kenderaan Jenis Perodua Axia tersepit dalam kenderaan yang remuk.

“Anggota bomba kemudiannya bertindak mengeluarkan mangsa yang tersepit menggunakan peralatan khas,” katanya menerusi satu kenyataan hari ini.

Mangsa disahkan maut  oleh Pegawai Perubatan Kementerian Kesihatan (KKM) yang turut berada di lokasi, manakala pemandu lori hanya mengalami kecederaan ringan.

Mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakkan lanjut.

Punca kemalangan masih dalam siasatan.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini