comscore
Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] Lelaki maut ditikam: Pangsapuri di Persiaran Sri Meranti dikawal ketat pihak berkuasa

Oleh: Fahmi Tajuddin

PETALING: Polis dan pihak pengawal keselamatan mengawal ketat laluan keluar masuk sebuah Pangsapuri di persiaran Sri Meranti di Bandar Sri Damansara.

Ia susulan laporan media mendedahkan seorang lelaki ditemuI maut dipercayai ditikam berulang kali oleh individu disyaki cuba merompak kediaman mangsa.

Tinjauan Buletin TV3 juga mendapati, beberapa anggota forensik Polis Diraja Malaysia (PDRM) berada di Blok M, pangsapuri berkenaan.

@buletintv3Tinjauan Buletin TV3 mendapati, polis dan pihak pengawal keselamatan mengawal ketat laluan keluar masuk sebuah pangsapuri di Persiaran Sri Meranti di Bandar Sri Damansara. Ia susulan laporan media mendedahkan, seorang lelaki ditemukan maut dipercayai akibat ditikam berulang kali oleh individu disyaki cuba merompak kediaman mangsa. #BuletinTV3 #pdrm #jenayah♬ original sound – BuletinTV3

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Jaafar ketika dihubungi Buletin TV3 mengesahkan kejadian itu dan memaklumkan ketika ini pihak forensik sedang menjalankan siasatan dan tiada akses masuk diberikan kepada pihak media.

Tambah Sharulnizam, pihaknya akan mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung kes berkenaan dalam masa terdekat.

Laporan media sebelum ini menyebut, mayat lelaki berusia 30-an itu ditemui hari ini selepas dua hari, disyaki dibunuh oleh individu yang cuba merompak kediamannya.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini