Tumpuan :
Nasional

Lelaki maut disambar buaya ketika melalui titi kayu

Foto hiasan

SANDAKAN: Seorang lelaki warga asing maut disambar buaya di kawasan setinggan pembuangan sampah, Batu 8, di sini, kelmarin.

Kejadian berlaku kira-kira jam 8.20 malam, ketika mangsa berusia 28 tahun dalam perjalanan ke rumah abangnya dengan melalui jambatan kayu.

Pemangku Ketua Polis Daerah Sandakan, Superintendan K Ramasamy berkata siasatan mendapati ketika dalam perjalanan melalui jambatan kayu itu, mangsa disambar buaya.

Katanya, mangsa sempat menjerit dan meminta pertolongan.

“Mayat mangsa ditemui oleh ahli keluarganya pada 9.30 malam, hari sama.

“Terdapat kesan gigitan buaya di beberapa bahagian tubuh mangsa,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini