Oleh: Mohd Ishak Abdillah Ngah
KUALA TERENGGANU: Seorang penternak kambing ditemukan mati dihempap pokok sagu yang ditebangnya di Kampung Kolam Mengabang Telipot, di sini.
Mangsa dikenali sebagai Mohamad Muaqil Mohamad Sabri, 26 tahun.
Menurut abang mangsa, Mohamad Muafif Mohamd Sabri, 31 tahun, kira-kira jam 1.30 petang tadi, mangsa ditemukan sudah tidak bernyawa oleh ayahnya.
Jelasnya, mangsa menebang pokok sagu untuk dijadikan makanan kambing ternakannya.
Kejadian itu kemudiannya dilaporkan kepada polis.
Polis yang tiba di lokasi kejadian mengesahkan mangsa telah meninggal dunia dan tiada unsur jenayah.
Ketua Polis Terengganu, Asisten Komisioner Azli Mohd Noor, ketika dihubungi mengesahkan kejadian dan kes disifatkan sebagai mati mengejut.
Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.