comscore
Tumpuan :
Nasional

Lelaki maut dihempap pokok

Foto ihsan JBPM

TUARAN: Seorang lelaki warga asing maut selepas motosikal yang ditunggang dihempap pokok dalam kejadian jam 7.55 pagi di Jalan Impian Jadi di sini, pagi hari ini.

Mangsa dikenali Syair Sukma, 45, disahkan meninggal dunia oleh pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) selepas mengalami kecederaan parah di bahagian kepala dan badan.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Daerah Tuaran, Abdul Qawie Abdul Gapar berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian pada jam 7.58 pagi.

Katanya, seramai sembilan anggota bergegas ke lokasi dengan satu jentera dan satu kenderaan utiliti Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS).

“Sebaik tiba, pasukan bomba mendapati seorang mangsa dihempap pokok dan kejadian dipercayai berlaku ketika mangsa sedang menunggang motosikal”.

“Pasukan bomba bertindak memotong dan mengalih pokok yang menghempap mangsa ke bahu jalan namun mangsa bagaimanapun disahkan meninggal dunia,” katanya.

Abdul Qawie berkata, mayat mangsa kemudiannya dihantar ke hospital Tuaran oleh pihak forensik PDRM untuk tindakan lanjut.

“Selepas memastikan sekitar lokasi tiada bahaya lain, pasukan bomba menamatkan operasi pada jam 9.45 pagi,” ujarnya.

Loading...
Terkini