Tumpuan :
Nasional

Lelaki maut, anak terselamat selepas kereta dihempap pokok

FOTO: Ihsan JBPM Selangor

SHAH ALAM: Seorang lelaki meninggal dunia manakala anak perempuannya terselamat selepas kenderaan mereka dihempap sebatang pokok dalam kejadian di Kampung Bukit Kuda, Klang, petang tadi.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi dan Kebombaan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, mangsa yang maut dikenali Azhehari Ansar, 46, yang beralamat di Kampung Jawa, Klang.

Katanya, bomba terdahulu menerima laporan berhubung insiden berkenaan pada jam 6.31 petang dan sepasukan pegawai dan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Klang Selatan bergegas ke lokasi kejadian.

“Komander operasi melaporkan kejadian melibatkan sebatang pokok yang tumbang dan menghempap kereta yang dinaiki ayah dan anak itu.

“Remaja perempuan berusia 13 tahun tidak mengalami sebarang kecederaan dan berjaya dikeluarkan orang awam manakala ayahnya tersepit serta tidak sedarkan diri di bahagian tempat duduk pemandu.

“Pasukan penyelamat kemudian memotong pokok dan mengeluarkan mangsa pada jam 7.12 malam sebelum disahkan meninggal dunia oleh petugas perubatan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM),” katanya dalam kenyataan hari ini.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini