comscore
Tumpuan :
Nasional

Lelaki maut, anak cedera, motosikal rempuh lori

Kemalangan maut di Jalan Sungai Tua, Selayang yang menyebabkan seorang penunggang motosikal maut dan anak perempuannya berusia lapan tahun cedera. – FOTO: Ihsan pembaca

GOMBAK: Seorang lelaki maut, manakala anak perempuannya berusia 8 tahun cedera selepas motosikal ditunggangi mereka merempuh belakang sebuah lori di Jalan Sungai Tua, Selayang, di sini petang semalam.

Kejadian disedari pemandu lori berusia 52 tahun selepas berhenti untuk memeriksa dentuman kuat yang didengari di bahagian belakang lori.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Noor Ariffin Mohamad Nasir mengesahkan kejadian itu berdasarkan laporan diterima jam 6.11 petang.

“Siasatan awal mendapati lori jenis Nissan itu datang dari arah Sungai Tua sebelum pemandunya terdengar dentuman kuat di bahagian belakang sejurus tiba di lokasi kejadian.

“Pemandu lori memberhentikan kenderaan untuk memeriksa sebelum mendapati sebuah motosikal berada di bawah lori,” katanya dalam kenyataan.

Terdahulu kejadian itu tular selepas foto di lokasi kejadian dimuat naik di media sosial sebelum dikongsi pengguna lain di Facebook.

Noor Ariffin berkata, penunggang motosikal berusia 39 tahun cedera parah pada kepala dan badan sebelum disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan di lokasi kejadian.

Sementara pembonceng iaitu kanak-kanak perempuan yang mengalami kecederaan pada kepala dan tangan dibawa ke Hospital Selayang untuk rawatan lanjut.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini