Tumpuan :
Nasional

Lelaki maut, 4 parah dalam nahas 2 kenderaan

Pasukan bomba mengeluarkan mangsa yang tersepit dalam kereta Perodua Viva yang terbabit kemalangan dengan pacuan empat roda di Jalan Pantai, Lahad Datu. – FOTO: Ihsan Bomba

LAHAD DATU: Seorang maut, manakala empat lagi parah dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan di Jalan Pantai, di sini, awal pagi tadi.

Mangsa yang maut di tempat kejadian adalah lelaki berusia 52 tahun yang tersepit dalam Perodua Viva.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lahad Datu, Sumsoa Rashid, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 3.30 pagi.

Katanya, seramai lapan anggota dan pegawai bersama dua jentera digerakkan ke lokasi bagi menjalankan operasi menyelamat.

“Sebaik tiba, pasukan bomba mendapati kemalangan itu membabitkan sebuah kereta dan pikap. Terdapat lima mangsa dalam kereta berkenaan dan seorang daripadanya tersepit,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

FOTO: Ihsan Bomba

Menurutnya, pasukan bomba berjaya mengeluarkan mangsa yang tersepit, sebelum disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan di lokasi kejadian.

“Empat lagi mangsa yang cedera dihantar ke hospital menaiki jentera EMRS dan ambulans KKM untuk mendapatkan rawatan lanjut.

“Pemandu pikap yang terbabit dalam kemalangan itu tidak mengalami kecederaan,” katanya.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini