comscore
Tumpuan :
Nasional

Lelaki maut, 2 parah tersepit dalam kemalangan di Jalan Lahad Datu-Tawau

FOTO: Ihsan JBPM Sabah

Oleh: Safwan Sawi

LAHAD DATU: Seorang lelaki maut manakala dua lagi cedera parah dalam satu kemalangan melibatkan kenderaan Proton Saga BLM di Jalan Lahad Datu-Tawau, Kawasan Dewata, di sini, malam tadi.

Mangsa dikenali Rymar Davila, 20, maut dalam keadaan tersepit di dalam kereta terbabit bersama dua lagi mangsa cedera terlibat.

Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 10 malam.

Anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lahad Datu digerakkan ke lokasi kejadian dan tiba 36 minit kemudian.

“Lapor kemalangan melibatkan sebuah kereta Proton Saga BLM. Terdapat tiga orang mangsa yang terlibat tersepit di dalam kereta terbabit.

“Mangsa berjaya dikeluarkan oleh orang awam. Seorang mangsa meninggal dunia di lokasi dan disahkan oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM),” Menurut kenyataan itu, di sini, hari ini.

FOTO: Ihsan JBPM Sabah

Kedua-dua mangsa lelaki cedera parah dikenali Rey Davila, 54 dan Rendell Ray Davila, 27.

Kata kenyataan itu lagi, mangsa seterusnya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

Pasukan Bomba bertindak membawa seorang mangsa menggunakan jentera pasukan Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan – EMRS JBPM.

Seorang lagi mangsa dibawa menggunakan jentera ambulan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Kedua-dua mangsa yang cedera parah dibawa ke Hospital Lahad Datu dan operasi menyelamat selesai pada jam 11.20 malam.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini