![](https://media.buletintv3.my/2024/07/IMG_5959.jpeg)
KUDAT: Seorang lelaki ditemui lemas ketika melakukan aktiviti menyelam dan menembak ikan di pesisir pantai Simpang Mengayau, di sini, malam tadi.
Nikalmon Yusuf, 30, disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
Pegawai Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah, Penolong Penguasa Bomba, Riki Mohan Singh Ramday berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan jam 7.40 malam.
Katanya, sepasukan anggota dan pegawai bersama jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kudat digerakkan ke tempat kejadian.
“Setiba di lokasi mangsa ditemui oleh orang awam pada 7.30 malam dan diberi rawatan bantuan pernafasan kecemasan (CPR) sebelum ketibaan pasukan bomba di lokasi.
“Tindakan pasukan bomba kemudian memberi CPR dan menghantar ke Hospital Kudat menggunakan jentera Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS),” katanya ketika dihubungi Berita Harian malam tadi.
Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.