comscore
Tumpuan :
Nasional

Lelaki lemas jatuh sungai ketika menjala

Anggota bomba dibantu orang awam mengangkat mayat mangsa lemas di Kampung Batu 6 Jalan Sanglang. – FOTO: JBPM

SANGLANG: Seorang lelaki maut selepas terjatuh ke sungai di Kampung Batu 6, dekat Jalan Sanglang, di sini, petang tadi.

Kejadian berlaku ketika mangsa dikatakan sedang menjala di sungai terbabit.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jitra, Penolong Kanan Penguasa Bomba Bustan Karudin, berkata Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah menerima panggilan berhubung kejadian itu jam 4.59 petang.

Katanya, sepasukan anggota dari BBP Jitra dikejarkan ke lokasi sebelum melakukan pencarian di permukaan air dengan dibantu penduduk kampung.

“Mangsa akhirnya ditemui jam 5.39 petang di lokasi berkenaan sebelum disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan,” katanya.

Beliau bagaimanapun berkata, setakat ini identiti mangsa belum diperoleh dan mayatnya diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.

Loading...
Terkini