comscore
Tumpuan :
Nasional

Lelaki lemas di Empangan Pedu

Operasi pencarian ‘water surfing’ di kawasan mangsa dilaporkan hilang.-FOTO IHSAN BOMBA

Oleh: Selwam Arjunan

KUALA NERANG: Seorang lelaki yang dilaporkan hilang di Empangan Tasek Pedu, di sini, ditemukan lemas, pagi tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Jitra, Penolong Penguasa Bomba Aminuddin Mad Khozali berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 7.26 pagi dan jentera pertama tiba di lokasi pada jam 8.07 pagi.

“Berdasarkan maklumat awal diperoleh, terdapat seorang mangsa berusia 30-an dilaporkan lemas dan hilang (di empangan).

“Komander operasi telah melancarkan operasi pencarian ‘water surfing’ di kawasan mangsa dilaporkan hilang.

“Beliau juga telah mengarahkan bantuan Pasukan Penyelamat di Air dan mayat mangsa ditemukan pada jam 11.45 pagi,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Mayat akan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini