comscore
Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] Lelaki Korea tersangkut atas pokok hampir sejam 

KOTA KINABALU: Tersangkut di atas pokok hampir sejam!

Ini kejadian yang menimpa seorang lelaki warga Korea apabila hilang kawalan ketika melakukan aktiviti sukan luncur udara (paragliding) di Bukit Kokol, Manggatal, di sini, petang tadi.

Dalam kejadian jam 1.30 petang itu, Cha Woo Sung yang berusia dalam lingkungan 50-an ditemukan tersangkut di atas pokok setinggi 50 meter.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lintas,  Penolong Kanan Penguasa Bomba, Agustavia Joe Guasi berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 1.51 petang.

“Pasukan bomba dari BBP Lintas bertindak ke lokasi mangsa bersama pemanggil sejauh satu kilometer lebih dari kawasan mangsa mula berlepas.

“Setibanya di lokasi mangsa, pasukan bomba menjalankan operasi penyelamatan dengan menggunakan sistem lowering untuk menurunkan mangsa,” katanya.

FOTO: Ihsan Bomba

Jelasnya, pasukan bomba mengambil masa kira-kira 40 minit untuk membawa turun mangsa.

“Mangsa dalam keadaan selamat dan operasi ditamatkan pada jam 4.50 petang,” katanya.

Loading...
Terkini