comscore
Tumpuan :
Nasional

Lelaki kencing di parkir kereta serah diri

SUBANG JAYA: Lelaki yang kencing di tiang tempat letak kenderaan sebuah pasar raya di Subang Jaya ditahan hari ini.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Wan Azlan Wan Mamat berkata, lelaki pemastautin tetap (PR) warga Australia berusia 32 tahun itu hadir menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Subang Jaya, jam 11.15 pagi tadi.

Menurut Wan Azlan, lelaki itu datang ke Malaysia kerana ingin melawat keluarganya.

“Semakan mendapati lelaki itu tiada rekod jenayah,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Buletin TV3 sebelum ini melaporkan  polis mencari lelaki terbabit selepas rakaman video perbuatannya  tular di media sosial.

Kejadian dipercayai berlaku pada 16 November lalu.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini