JOHOR BAHRU: Seorang lelaki lemas selepas terjatuh ketika menjala ikan di Sungai Tebrau, tengari tadi.
Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tebrau, Shahrul Sapar berkata, mayat Norazmi Saamin, 39 ditemui jam 3.35 petang selepas pencarian dijalankan Pasukan Penyelamat di Air (PPDA).
“Setibanya Pasukan Keluaran Operasi (PKO) di lokasi kejadian dipercayai terdapat seorang mangsa lemas ketika aktiviti menjala ikan di Sungai Tebrau.
“Pencarian mangsa dilakukan dan mangsa berjaya dijumpai pada jarak lima meter dengan kedalaman empat meter dari lokasi asal mangsa dilaporkan jatuh.
“Mangsa telah disahkan meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya.