comscore
Tumpuan :
Nasional

Lelaki hilang sejak minggu lalu ditemui akibat kemalangan

FOTO: Sumber awam

HULU SELANGOR: Misteri kehilangan seorang lelaki sejak minggu lalu akhirnya terungkai apabila mayatnya ditemui dalam semak di tepi jalan besar Felda Soeharto, di sini, semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 10.15 pagi, mayat mangsa berusia 57 tahun ditemui bersebelahan motosikal Honda EX5.

Difahamkan, terdahulu, lelaki terbabit keluar dari rumahnya di Taman Sentosa, Klang dipercayai mahu membeli barang sebelum kehilangannya disedari anak lelaki berusia 29 tahun.

Timbalan Ketua Polis Daerah Hulu Selangor Deputi Superintendan Mohd Asri Mohd Yunus berkata, pengadu membuat laporan berhubung kehilangan itu pada 9 Jun lalu di Balai Polis Klang.

“Honda EX5 ditunggang mangsa adalah milik pengadu. Siasatan mendapati, mangsa dipercayai terbabas semasa melalui jalan besar berkenaan.

“Mangsa meninggal dunia di lokasi kejadian,” katanya pada kenyataan, hari ini.

Mohd Asri berkata, hasil bedah siasat dijalankan di Hospital Kuala Kubu Bharu mendapati, punca kematian mangsa adalah akibat kecederaan pada dada.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 dan saksi kejadian diminta tampil membantu siasatan.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini