comscore
Tumpuan :
Nasional

Lelaki hilang keluar cari lokan, maut dibaham buaya

Foto hiasan

KALABAKAN: Seorang lelaki yang dilaporkan hilang sejak semalam selepas keluar mencari lokan bersama dua ahli keluarganya di Sungai Kalabakan di sini, ditemui meninggal dunia awal pagi tadi dipercayai akibat dibaham buaya.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Tawau Jemishin Ujin berkata mayat Asmadi Harun, 57, ditemukan  oleh penduduk Kampung Sungai Ulu Kalabakan pada jam 4.30 pagi tadi.

“Mayat itu ditemukan kira-kira 500 meter dari lokasi mangsa dilaporkan hilang semalam.

“Pada awal pagi tadi penduduk kampung melakukan pencarian mangsa di sepanjang Sungai Ulu Kalabakan dengan menggunakan tiga bot orang kampung,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mayat mangsa diserahkan kepada polis untuk dibawa ke Unit Forensik Hospital Tawau dan operasi mencari mangsa ditamatkan sepenuhnya pada jam 10.45 pagi tadi.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini