Tumpuan :
Nasional

Lelaki hilang disyaki disambar buaya

SANDAKAN: Seorang lelaki hilang disyaki disambar buaya di sungai Kampung Sungai Batang Baru, Batu 10, di sini, hari ini.

Lelaki berusia lingkungan 50-an itu dikatakan sedang menabur baja ke dalam sungai bagi memulakan aktiviti merambat ikan sebelum disambar reptilia berkenaan.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sandakan, Severinus@Mohd Nidzam Sainkui berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu jam 5.40 petang.

Katanya, seramai tujuh anggota bersama jentera dan Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) ke lokasi yang terletak tiga kilometer dari balai untuk operasi mencari dan menyelamat (SAR).

“Berdasarkan maklumat awal, saksi mendakwa ketika kejadian mangsa sedang menabur baja ke dalam sungai untuk memulakan aktiviti merambat ikan namun disambar buaya dan hilang.

“Pasukan bomba kemudian menjalankan SAR di sekitar lokasi mangsa dilaporkan hilang disambar buaya,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya, setakat ini mangsa belum ditemui dan operasi SAR masih diteruskan.

“Maklumat akan dikemaskini dari semasa ke semasa,” katanya.

Loading...
Terkini