comscore
Tumpuan :
Nasional

Lelaki hilang dipercayai dibaham buaya ketika menangkap ikan

Foto Ihsan BBP Lahad Datu JBPM Sabah

Oleh: Safwan Sawi

LAHAD DATU: Seorang mangsa lelaki, dikenali Salim Sakka, berusia 50 tahun hilang dipercayai dibaham buaya ketika menjalankan aktiviti menangkap ikan di Kampung Sungai Silabukan, di sini semalam.

Menurut jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah, Bilik Kawalan Balai Bomba Penyelamat (BBP) Lahad Datu menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 9.45 pagi.

“Menurut saksi yang juga anak mangsa, mangsa dipercayai dibaham buaya ketika menjalankan aktiviti menangkap ikan (memukat) sejak semalam.

Foto Ihsan BBP Lahad Datu JBPM Sabah

“Pasukan Bomba menjalankan operasi Mencari dan Menyelamat (SAR) menggunakan Bot Penyelamat dengan kaedah Surface Searching dengan radius pencarian dua kilometer (KM) dari lokasi mangsa dilaporkan hilang.” kata kenyataan itu hari ini.

Mangsa sehingga kini masih belum dijumpai dan operasi SAR ditangguhkan pada jam 6.00 petang tadi dan akan disambung semula esok.

Menurut kenyataan itu lagi operasi SAR turut melibatkan Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Hidupan Liar (JHL) dan orang awam.

“Maklumat akan dikemaskini dari semasa ke semasa.” Kata kenyataan itu.

Loading...
Terkini