Tumpuan :
Nasional

Lelaki ditemui meninggal dunia selepas hilang 8 hari

Dalam kejadian pada 20 November lalu, mangsa gagal dikesan selepas keluar dari rumahnya di Rumah Jinis, Tekalong, Skim Melugu sekitar jam 10.00 pagi.

Oleh: Kadir Edison

SRI AMAN: Seorang lelaki yang dilaporkan hilang sejak 20 November lalu di Rumah Jinis, Tekalong, Skim Melugu, ditemui meninggal dunia sekitar jam 10.25 pagi tadi.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak berkata, mangsa, Jackson Bar Runi, ditemui di hilir Sungai Dor pada jarak kira-kira 1.6 kilometer (KM) dari rumahnya.

“Mangsa ditemui terapung di sungai tersebut oleh pasukan yang terlibat dalam operasi mencari dan menyelamat (SAR).

“Ketika ditemui, mangsa telah disahkan meninggal dunia dan berjaya dikeluarkan dari lokasi tersebut untuk dibawa ke Jalan Utama Sri Aman-Kuching bagi diserahkan kepada pihak polis,” katanya.

Dalam kejadian pada 20 November lalu, mangsa gagal dikesan selepas keluar dari rumahnya di Rumah Jinis, Tekalong, Skim Melugu sekitar jam 10.00 pagi.

Tambahnya, mayat mangsa kemudiannya dibawa ke Hospital Sri Aman untuk tindakan selanjutnya.

Dalam kejadian pada 20 November lalu, mangsa dilaporkan keluar dari rumahnya di Rumah Jinis, Tekalong, Skim Melugu sekitar jam 10.00 pagi.

Bagaimanapun, mangsa tidak kembali ke rumahnya, menyebabkan laporan kehilangan dibuat oleh ahli keluarganya pada 21 November.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini