Tumpuan :
Nasional

Lelaki ditemui meninggal dunia dalam rumah berkunci

Mayat lelaki dipercayai sudah meninggal dunia lebih sehari dalam rumah berkunci di Kampung Boyan, Taiping. FOTO: JBPM

TAIPING: Pasukan bomba terpaksa dipanggil untuk mengeluarkan mayat lelaki di dalam rumah berkunci di Kampung Boyan di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Taiping, Asisten Komisioner Mohamad Nasir Ismail berkata, pihaknya menerima laporan orang awam mengenai mangsa pada tengah hari dan anggota Balai Bomba dan Penyelamat Taiping dipanggil untuk membantu.

“Anggota bomba tiba pada 1.42 tengah hari dan membantu membuka pintu rumah, sebelum mayat lelaki berkenaan berjaya dibawa keluar.

“Siasatan awal mendapati lelaki itu berusia 44 tahun, tinggal bersendirian dan mempunyai sejarah penyakit kencing manis kronik,” katanya.

Beliau berkata, mangsa mungkin sudah meninggal dunia lebih sehari dan setakat ini tiada unsur jenayah dikesan.

Katanya, kes diklasifikasikan mati mengejut.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini