Tumpuan :
Nasional

Lelaki ditemui lemas, motosikal jatuh sungai

Oleh Amira Suraini Che Mohamad

ARAU: Seorang lelaki ditemukan lemas selepas motosikal ditunggangnya terbabas ke dalam Sungai Tambun Tulang, berdekatan Tandop Belat Raja, disini, hari ini.

Mangsa dikenalpasti sebagai Mohd Syafidu Arifin, 27 tahun, ditemui 15 meter dari lokasinya dilaporkan terjatuh.

Ketua Polis Daerah Arau, Superintenden Ahmad Mohsin Mad Rodi berkata, kejadian dipercayai berlaku apabila motosikal ditunggangi mangsa hilang kawalan lalu terjunam ke dalam sungai.

Menurutnya, Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Arau menerima panggilan pada 8.27 pagi dan Unit Peronda Polis (MPV) dikejarkan ke lokasi.

“Dengan bantuan anggota bomba, motosikal mangsa berjaya ditemui dan dinaikkan ke darat pada 8.50 pagi.

“Usaha mencari mangsa dilakukan anggota bomba dari Pasukan Penyelamat di Air (PPDA) sebelum menemuinya pada 11.07 pagi, namun disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM),” katanya.

Mayat mangsa kemudiannya dibawa ke Unit Forensik Hospital Tuanku Fauziah untuk tindakan selanjutnya.

Loading...
Terkini