Oleh: Fazli Ahmad
KUANTAN: Seorang lelaki warga negara Indonesia ditemui lemas selepas tergelincir ke laut ketika cuba menaiki batu di persisir Pantai Balok, di Kampung Balok Pantai, dekat sini, pagi tadi.
Mayat mangsa dijumpai di kawasan ‘lubuk’ sedalam kira-kira 1.5 meter di tepi batu di pantai tumpuan pelancong terbabit jam 2.17 petang tadi.
Difahamkan ketika kejadian air pasang sedang surut dan mangsa dilaporkan terjatuh ke laut dan hilang ketika cuba menaiki batu terbabit
Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Pahang, Zulfadli Zakaria berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian jam 11 pagi tadi.
Menurutnya, sembilan anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Gebeng bergegas ke lokasi kejadian sejurus mendapat laporan dan melancarkan operasi mencari dan menyelamat.
“Mayat mangsa ditemui di dasar laut selepas Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) dari BBP Kuantan melakukan selam skuba di kawasan lubuk berhampiran tempat mangsa dilaporkan hilang.” katanya menerusi kenyataan media.
Difahamkan ketika kejadian mangsa ke Pantai Balok bersama tiga rakan.
Mayat mangsa dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) untuk dibedah siasat.
Identiti mangsa belum diperolehi.
Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.