comscore
Tumpuan :
Nasional

Lelaki ditemui lemas dalam sungai

Foto ihsan bomba

BACHOK: Seorang lelaki berusia 57 tahun ditemui mati lemas dalam kejadian di sungai Padang Melintang, di sini.

Dalam kejadian dipercayai jam 5.11 petang semalam, mayat mangsa ditemui lebih sejam selepas kejadian dilaporkan.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Daerah Bachok, Penolong Penguasa Bomba Ahmad Ridhuan Mohamad Ghazali berkata, operasi mencari dan menyelamat mangsa dilakukan di sepanjang pesisir sungai dan pencarian di permukaan.

Katanya, seramai tujuh anggota bersama Pasukan Penyelamat Di Dalam Air (PPDA) ke lokasi membabitkan keseluruhan 13 anggota bomba, satu jentera dan satu pacuan empat roda serta empat anggota polis.

“Mangsa ditemui jam 6.12 petang dan operasi tamat sepenuhnya jam 6.54 petang.

“Mangsa disahkan meninggal dunia dan diserahkan kepada polis untuk tindak lanjut,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Bachok, Superintendan Mohamad Ismail Jamaluddin berkata, pihaknya mengesahkan laporan berhubung kejadian.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini