Tumpuan :
Nasional

Lelaki ditahan pukul, acu pisau pada isteri

AMPANG: Seorang lelaki ditahan kerana disyaki menyerang dan mengugut isterinya dengan sebilah pisau di sebuah pangsapuri di Ampang, Selangor, pada Ahad lalu.

Dua insiden keganasan yang berlaku di daerah Ampang, Selangor, menyaksikan dua lelaki ditahan polis dalam kes berasingan membabitkan keganasan rumah tangga dan serangan fizikal.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohd Azam Ismail, memaklumkan seorang lelaki berusia 45 tahun ditahan kerana disyaki memukul isterinya dan mengacukan pisau dalam kejadian di sebuah pangsapuri di Ampang pada Ahad lalu.

Menurutnya, mangsa yang juga seorang guru tadika membuat laporan polis selepas berlaku perselisihan faham akibat tuduhan suaminya bahawa dia mempunyai hubungan dengan lelaki lain.

“Suspek kemudian bertindak memukul dan menendang isterinya di bahagian belakang badan. Semasa kejadian, suspek juga ada mengacukan pisau ke arah isterinya dan perbuatan itu disaksikan oleh anak mereka,” katanya.

Pemeriksaan perubatan mendapati mangsa mengalami kecederaan tisu lembut di bahagian leher. Siasatan mendapati suspek negatif dadah dan tidak mempunyai rekod jenayah.

Suspek kini direman tiga hari dan kes disiasat di bawah Seksyen 323 dan 506 Kanun Keseksaan.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini