TAIPING: Polis menahan seorang lelaki, disyaki mendera seorang kanak-kanak perempuan, 15 Febuari lalu.
Ketua Polis Daerah Taiping, Asisten Komisioner Mohamad Nasir Ismail, berkata ibu kanak-kanak terbabit membuat laporan selepas mendapati terdapat kesan benjol pada kepala selain kesan lebam dan berbirat pada badan anaknya.
Katanya polis menahan seorang lelaki berusia 21 tahun di Padang Gajah, Trong dalam tempoh kurang 24 jam bagi membantu siasatan.
“Berdasarkan laporan yang diterima, kanak-kanak berkenan memaklumkan dipukul teman lelaki ibunya.
“Bagaimanapun suspek dikatakan tidak mengaku dan bertindak melarikan diri selepas ibu mangsa membuat laporan polis.
“Bagaimanapun polis berjaya menahan suspek di Padang Gajah bagi membantu siasatan,” katanya.
Katanya lagi siasatan lanjut mendapati suspek berkenaan mempunya tiga rekod jenayah lampau.
Tambahnya suspek ditahan reman selama empat hari bermula hari ini dan kes disiasat dibawah Seksyen 148 Kanun Keseksaan.
Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.