comscore
Tumpuan :
Jenayah

Lelaki ditahan bersama rokok seludup RM192,000 

64 kotak mengandungi 3,200 karton rokok seludup bernilai RM192,000 dirampas dalam lori 10 tan di Jalan Lunas Kelang Lama, semalam. – FOTO : PDRM

KULIM: Seorang pemandu lori ditahan bersama 3,200 karton rokok tidak bercukai bernilai RM192,000 di Jalan Lunas Kelang Lama, di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Mohd Redzuan Salleh berkata, rokok seludup berkenaan ditemui dalam lori dipandu suspek berusia 33 tahun ketika ditahan untuk pemeriksaan kira kira jam 2.45 pagi.

“Hasil pemeriksaan lanjut polis menemui 64 kotak yang setiap satunya mengandungi 50 karton rokok seludup dalam lori 10 tan dipandu lelaki terbabit.

“Siasatan lanjut mendapati suspek mempunyai tiga rekod lampau bersabit kes jenayah dan kita merampas sebuah lori, 64 kotak mengandungi rokok, tujuh kunci serta telefon bimbit,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Kes disiasat mengikut Seksyen 135 (1) (d) Akta Kastam 1967 kerana disyaki membawa rokok seludup tanpa membayar cukai.

Orang ramai diminta membantu polis dalam pencegahan jenayah dengan menyalurkan sebarang maklumat berkaitan kepada bilik gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kulim di talian 04-4906222.

Loading...
Terkini