comscore
Tumpuan :
Nasional

Lelaki dipercayai pegang objek serupa pistol ditahan 

Video tular menunjukkan individu memegang objek menyerupai pistol dan memandu kereta secara berbahaya – FOTO: NSTP

KUALA TERENGGANU: Seorang lelaki yang disyaki individu dalam video tular yang memandu kereta sambil memegang objek menyerupai pistol di Jalan Sultan Mahmud di sini semalam ditahan.

Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Azli Mohd Noor berkata, suspek berusia 37 itu ditahan di tepi jalan di Kampung Gong Tok Nasek di sini kira-kira jam 10.20 malam hari yang sama.

Beliau berkata, pihaknya turut merampas beberapa barang kes milik suspek termasuk sebuah kereta Proton Persona berwarna putih.

“Siasatan awal mendapati suspek memiliki empat rekod jenayah lampau berkait kes menceroboh dan penyalahgunaan dadah selain turut positif methamphetamine ketika ditahan.

“Kita turut merampas sebilah pedang kayu berhulu plastik yang berbalut tali berwarna hitam berukuran 102 sentimeter (cm), sarung pedang sepanjang 76cm dan satu laras pistol bersama kelopak bercetak Glock.

“Siasatan juga mendapati pistol yang digunakan adalah palsu dengan kes disiasat di bawah Seksyen 363 Kanun Keseksaan (KK) dan Seksyen 36(1) Akta Senjata 1960,” katanya ketika dihubungi di sini.

Terdahulu tular di Facebook sebuah video berdurasi 38 saat menunjukkan seorang lelaki yang memegang objek menyerupai pistol.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini