Tumpuan :
Nasional

Lelaki dikhuatiri lemas terjatuh dalam sungai

Foto hiasan

ALOR SETAR: Seorang lelaki dikhuatiri lemas selepas terjatuh dalam sungai di Kampung Gerigis, Jalan Datuk Kumbar, di sini, hari ini.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Alor Setar, Timbalan Penguasa Bomba II, Ahmad Naufal Abdullah berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 3.04 petang.

Beliau berkata, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Alor Setar yang diketuai Pegawai Bomba Kanan (PBK) II, Zulkiflee Mat Esa tiba di lokasi tidak lama kemudian bersama 13 anggota.

“Operasi turut dibantu 12 anggota dari Pasukan Penyelamat di Air (PPDA) BBP Jitra dan empat anggota dari BBP Sungai Petani.

“Setibanya di lokasi, didapati terdapat seorang lelaki berusia 45 tahun dipercayai terjatuh ke dalam sungai dan dikhuatiri lemas.

“Kerja-kerja pencarian dilakukan di sekitar kawasan tebing sungai dan di permukaan air ketika ini dengan menggunakan bot,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini