Tumpuan :
Nasional

Lelaki dikhuatiri lemas ketika mandi air terjun

Foto: NSTP

KULIM: Seorang lelaki berusia 31 tahun dikhuatiri lemas ketika sedang mandi bersama beberapa rakannya di kawasan perkelahan Sedim, di sini, petang tadi.

Difahamkan, ketika kejadian cuaca dalam keadaan baik namun keadaan air agak deras disebabkan hujan di kawasan hulu.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kulim Hi Tech, Penolong Kanan Penguasa Bomba Azmir Hassan berkata, pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian itu pada jam 5.41 petang.

Katanya, sepasukan anggota dari BBP Kulim Hi-Tech yang diketuai Pegawai Bomba Kanan (PBK) II Zabidi Zainol bersama sembilan anggota tiba di lokasi kejadian.

“Bilik kawalan BBP Kulim Hi Tech menerima panggilan kecemasan melalui talian terus ke balai memaklumkan seorang mangsa disyaki lemas.

“Maklumat awal mendapati, mangsa dipercayai lemas sewaktu sedang mandi di kawasan perkelahan berkenaan.

“Tindakan Pasukan Kawalan Operasi (PKO) adalah dengan melakukan pemeriksaan di sekeliling kawasan air terjun berkenaan dan pencarian di lokasi dengan menggunakan tali (permukaan air).

“Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) turut dimaklumkan ke tempat kejadian untuk membantu mencari mangsa,” katanya.

Azmir berkata mangsa dipercayai datang ke kawasan itu bersama beberapa rakannya dari Pulau Pinang untuk beriadah.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini