Tumpuan :
Nasional

Lelaki dikhuatiri lemas jatuh sungai

Foto hiasan

MACHANG: Seorang lelaki dikhuatiri lemas selepas terjatuh ke dalam sungai di Kampung Maka, Pulai Chondong, petang semalam.

Ketua Polis Daerah Machang, Superintendan Ahmad Shafiki Hussin berkata, pihaknya menerima laporan daripada abang mangsa berhubung kehilangan adiknya itu pada pada jam 12.43 tengah hari semalam.

Katanya, sebelum laporan polis dibuat, abang mangsa menerima panggilan telefon daripada kakaknya yang memaklumkan adiknya, Muhammad Khairul Naeim Che Deraman, 29, tidak pulang ke rumah semalaman.

“Hasil siasatan awal yang dijalankan bersama penduduk sekitar tempat kejadian mendapati kali terakhir mangsa dilihat berada di tebing sungai Kampung Maka Joh, Labok sebelum dia dilaporkan hilang.

“Pihak kami tidak menolak kemungkinan mangsa telah terjatuh ke dalam sungai berkenaan,” katanya menerusi kenyataan media, hari ini.

Beliau berkata, pihak polis daerah Machang kemudiannya mengaktifkan Pos Kawalan Tempat Kejadian (PKTK) dan operasi mencari dan menyelamat (SAR) membabitkan pelbagai agensi termasuk Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Machang, dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dengan kekuatan seramai 34 orang.

“Selain itu, operasi SAR turut dibantu tiga anjing pengesan dari Unit K9 JBPM,” katanya.

Katanya, misi pencarian mangsa kini memasuki hari kedua dengan tumpuan skop pencarian agensi penyelamat di sekitar Sungai Kelantan, Kampung Maka Joh sehingga ke Kampung Mata Ayer dengan jarak laluan sungai sepanjang 5.3 kilometer (km).

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini