comscore
Tumpuan :
Nasional

Lelaki didakwa hendap wanita, bakal dihantar ke Hospital Hulu Kinta

SHAH ALAM: Lelaki yang didakwa mengganggu dan menghendap wanita secara seksual di media sosial bakal dihantar ke Hospital Hulu Kinta, Ipoh bagi mendapatkan rawatan mental.

Majistret, Sasha Diana Sabtu mengarahkan demikian terhadap tertuduh, Mohamad Safiq Rosli, 37, selepas pendakwaan kes didengar di mahkamah, pagi tadi.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa melakukan perbuatan berkenaan pada 21 julai lalu, kira-kira jam 1.40 pagi hingga 5.58 petang melalui aplikasi media sosial Twitter.

Tertuduh juga melakukan perbuatan tersebut secara berulang dan mengganggu mangsa yang juga seorang jurugambar wanita secara seksual yang dikenali sebagai Acacia Mardiana Daud dengan menghantar komunikasi jelik.

Artikel berkaitan: Lakukan perbuatan menghendap, lelaki pertama didakwa di bawah Akta Seksyen 507A KK

Hantaran turut dibaca mangsa di kediamannya bertempat  di Jalan Tepuan Satu, Shah Alam, Selangor.

Perbuatan tertuduh boleh mendatangkan ketakutan kepada mangsa dan susulan itu pendakwaan mengikut Seksyen 507A (1) Kanun keseksaan atas kesalahan menghendap.

Tertuduh boleh dihukum di bawah seksyen 507A (3), akta sama.

Sabit kesalahan hukuman penjara maksima tiga tahun atau denda atau kedua-duanya.

Tiada sebarang pengakuan direkodkan mahkamah ketika pertuduhan dibacakan.

Mahkamah pada masa sama meminta tertuduh dihantar ke Hospital Hulu Kinta bagi pengesahan mental dan rawatan.

Sebutan semula kes pada 7 September.

Tertuduh diwakili Peguam, Fithril Hakim Ab Jalil.

Mangsa Acacia Diana sebelum ini mendedahkan dirinya diganggu seorang lelaki tidak dikenali sejak lapan tahun lalu.

Pelbagai cara turut dilakukan bagi mengelakkan diri daripada diganggu termasuk membuat laporan polis, berpindah ke luar negara dan memaklumkan pelakuan lelaki itu kepada keluarga suspek.

Loading...
Terkini