Tumpuan :
Nasional

Lelaki Didakwa Cederakan Murid Tahun Tiga Akan Dipanggil Polis

KUALA TERENGGANU: Polis akan memanggil suspek, bapa kepada rakan sekelas mangsa yang cedera didakwa dipukul pada Ahad lalu.

Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Abdul Rahim Md.  ketika dihubungi berkata setakat ini pihaknya masih belum membuat sebarang tangkapan lagi.

Polis akan memanggil suspek untuk memberi keterangan selepas mendapat kebenaran dari pihak pendakwaan.

Dalam kejadian Ahad lalu kanak-kanak lelaki berusia sembilan tahun berkenaan cedera pada bahagian kepala akibat dipukul suspek yang berang selepas mengetahui anaknya ditampar mangsa.

Suspek didakwa mencekik sebelum menghempas mangsa ke tanah sehingga menyebabkan kepala kanak-kanak itu mengalami luka dipercayai akibat terkena batu.

Kejadian berlaku di luar sebuah sekolah di Chendering di Kuala Terengganu.

Loading...
Terkini