Tumpuan :
Jenayah

Lelaki curi beg di Masjid Muhammadi Kota Bharu, diburu polis

KOTA BHARU: Seorang lelaki berusia 30-an, yang disyaki mencuri beg di Masjid Muhammadi, Kota Bharu, Kelantan sedang diburu polis.

Menurut Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Mohd Rosdi Daud, ia selepas pihaknya mengesan sebuah video berdurasi 14 saat yang tular di media sosial pada kejadian jam 2.50 petang, Rabu lepas.

Tambahnya polis menerima laporan kejadian daripada mangsa yang berusia 25 tahun pada hari yang sama.

Mangsa mendakwa kerugian sehingga RM2,000 termasuk telefon bimbit dan wang tunai RM150.

Ketika kejadian mangsa memaklumkan lelaki terbabit mengambil beg silang diletakkan di bahagian kakinya ketika dia sedang sujud.

Suspek yang memakai seluar hitam, berbaju kemeja putih serta berkopiah bertindak mengambil beg mangsa dan melarikan diri.

Kes disiasat mengikut seksyen 380 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara tidak lebih 10 tahun dan denda atau sebatan jika sabit kesalahan.

Susulan itu, orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan suspek diminta menghubungi Sarjan Mohd Hafiz Muhammad Khila ditalian 013-9529828 atau 09-7752200, atau hubungi mana-mana balai polis berhampiran bagi membantu siasatan.

Masyarakat juga diingatkan lebih berhati-hati dan menjaga harta benda dengan baik terutama di kawasan tumpuan ramai.

Loading...
Terkini