comscore
Tumpuan :
Nasional

Lelaki cedera parah, pokok tumbang hempap rumah

Seorang lelaki mengalami cedera parah di bahagian kepala dalam kejadian pokok tumbang dan menghempap rumahnya.

Oleh: Selwam Arjunan

SUNGAI PETANI: Seorang lelaki cedera parah di kepala akibat pokok tumbang akibat ribut, menghempap rumah di Kampung Nyior di Bukit Selambau, di sini, awal pagi tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Amanjaya, Penolong Penguasa Bomba, Azahari Abdullah berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 1.18 pagi dan tiba di lokasi jam 1.44 pagi.

“Pemeriksaan di lokasi mendapati pokok tumbang menghempap sebuah rumah separuh papan.

“Kejadian menyebabkan seorang lelaki berusia 34 tahun mengalami cedera parah di bahagian kepala.

“Anggota bomba mengeluarkannya dari rumah dan mangsa diberi rawatan awal di lokasi sebelum dihantar ke hospital,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Anggota bomba juga menjalankan kerja-kerja pembersihan pokok yang tumbang sehingga selesai operasi pada jam 2.01 pagi.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini