Tumpuan :
Nasional

Lelaki cedera dipukul dipercayai perkosa anak saudara

Foto hiasan

GOMBAK: Seorang lelaki cedera dipukul oleh sekumpulan individu selepas dipercayai memperkosa anak saudara perempuan berusia 12 tahun, minggu lalu.

Kejadian pergaduhan yang berlaku di kawasan Batu Caves, di sini, tular di media sosial hari ini.

Menerusi rakaman video yang tular, lelaki itu kelihatan ditendang dan ditumbuk oleh beberapa lelaki sebelum dihalang oleh seorang wanita.

Lelaki yang mengalami kecederaan di muka dan bahagian badan kemudian dibawa mendapatkan rawatan di sebuah klinik berhampiran.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Gombak Asisten Komisioner Noor Ariffin Mohamad Nasir mengesahkan menerima laporan kejadian pada 18 Februari lalu.

Beliau berkata, kes berkenaan dilaporkan berlaku di Batu Caves.

“Bagaimanapun, kejadian rogol didakwa berlaku di daerah Kajang,” katanya kepada pemberita, hari ini.

Katanya, siasatan kes itu dijalankan oleh Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini