Tumpuan :
Nasional

Lelaki berdepan detik cemas kenderaan jatuh cerun

FOTO: JBPM

Oleh: Kadir Edison

SIBURAN: Seorang lelaki berdepan detik cemas apabila kenderaan Perodua Myvi yang dipandunya hilang kawalan dan terbabas ke dalam cerun sedalam kira-kira 20 meter di Batu 28, Jalan Kuching-Serian, pagi tadi.

Menurut jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak, kejadian yang berlaku sekitar jam 8 pagi itu menyebabkan mangsa tersepit di bahagian kaki pada tempat duduk pemandu kenderaan tersebut.

FOTO: JBPM

“Pihak bomba menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian itu sekitar jam 8.07 pagi dan mengarahkan tujuh anggota bersama dua jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Siburan untuk ke lokasi kejadian,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata, anggota bomba mengambil masa kira-kira 45 minit untuk mengeluarkan mangsa yang tersepit dalam kenderaannya.

Mangsa yang mengalami kecederaan pada bahagian kaki kemudiannya diserahkan kepada pasukan perubatan dan dibawa ke Hospital Serian untuk rawatan lanjut.

Punca kemalangan masih dalam siasatan pihak berkuasa.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini