TANJONG KARANG : Selepas dua hari bertarung nyawa, lelaki yang parah ketika membantu pasangan pengantin baharu terbabit dalam nahas tiga kenderaan di Kilometer 53 Jalan Klang-Teluk Intan, dekat Batu 3, Jalan Bernam, di sini, meninggal dunia hari ini.
Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Superintendan Ramli Kasa berkata, pihaknya menerima maklumat daripada Hospital Sungai Buloh yang memaklumkan Mohd Azizi Faez Mohamad Alias, 33, meninggal dunia jam 5 petang.
“Siasatan awal mendapati kemalangan berlaku jam 10.50 malam kelmarin semasa mangsa yang memandu dari Teluk Intan ke Klang melihat Perodua Bezza dalam keadaan terbalik,” katanya