comscore
Tumpuan :
Nasional

Lelaki amuk bakar rumah direman

Keadaan sebuah rumah yang hangus dibakar suspek semalam. – FOTO: NSTP

DUNGUN: Polis menahan seorang lelaki bagi membantu siasatan berhubung kebakaran sebuah rumah di Kampung Besol Baru, Bukit Besi, semalam.

Ketua Polis Daerah Dungun, Pemangku Superintendan Maizura Abdul Kadir berkata, lelaki berusia 40 tahun itu direman selama tiga hari sehingga Isnin bagi membantu siasatan.

Menurutnya, suspek ditahan sebaik polis menerima laporan berhubung kebakaran rumah terbabit.

Hasil ujian air kencing yang dilakukan ke atas suspek mendapati ia positif dadah.

“Pihak kami masih melakukan siasatan terperinci terhadap suspek dan kes disiasat mengikut Seksyen 436 Kanun Keseksaan,” katanya.

Dalam kejadian semalam, suspek yang dipercayai di bawah pengaruh dadah bertindak membakar rumah milik keluarganya itu kira-kira jam 2.30 petang.

Suspek mengaku membakar rumah terbabit ketika bertemu dengan bapanya yang berusia 65 di sebuah kedai makan tidak jauh dari tempat kejadian.

Bapa suspek yang pada mulanya tidak percaya dengan dakwaan itu bergegas ke tempat kejadian dan mendapati hampir keseluruhan rumah terbabit terbakar.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini