Tumpuan :
Nasional

Lelaki 27 tahun ditahan disyaki terbabit aktiviti ‘love scam’

Foto hiasan

PUTRAJAYA: Licik menyamar sebagai wanita bertujuan menggoda lelaki sebelum diminta menyerahkan sejumlah wang demi cinta.

Itu tindakan seorang lelaki berusia 27 tahun yang ditahan polis selepas disyaki terbabit dalam aktiviti ‘love scam’ hingga mengakibatkan mangsa lelaki kerugian RM12,000.

Timbalan Ketua Polis Daerah Sepang, Superintendan Shan Gopal berkata, suspek ditahan Rabu lalu selepas mangsa seorang lelaki membuat laporan ditipu.

Menurutnya, berdasarkan laporan, mangsa yang tinggal di Bandar Baru Salak Tinggi memaklumkan berkenalan dengan seorang `wanita’ melalui aplikasi ‘Tinder’ pada 4 Februari 2021.

“Suspek ada meminta bantuan kewangan daripada mangsa membabitkan jumlah keseluruhan RM12,000.

“Pada tahun 2022, suspek memberitahu kononnya adiknya pergi ke United Kingdom, England untuk menyumbang organ sebelum meninggal dunia akibat sakit.

“Mangsa menyedari ditipu selepas seorang rakan turut memaklumkan berkenalan dengan suspek menggunakan modus operandi sama. Susulan itu polis menjalankan siasatan dan berjaya menahan suspek lelaki di Cyberjaya,” katanya semalam.

Menurutnya, suspek kini direman bagi siasatan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini