Tumpuan :
Nasional

Legenda sepak takraw, Adnan Saidin meninggal dunia

Legenda sepak takraw Adnan Saidin meninggal dunia, hari ini. – Foto NSTP

KUALA LUMPUR: Negara kehilangan legenda sepak takraw, Adnan Saidin yang menghembuskan nafas terakhirnya pagi ini pada usia 66 tahun.

Bekas pemain sepak takraw negara itu dimasukkan ke Pusat Perubatan Kedah (KMC), Alor Setar, Kedah sejak minggu lalu akibat jangkitan kuman pada paru-parunya sebelum dipindahkan ke Hospital Sultanah Bahiyah.

Adnan yang mewakili negara dari 1980 hingga 1986 dan terkenal dengan libas pari di posisi apit kiri dan kerap digandingkan dengan Shukri Ismail (apit kanan atau pengumpan) serta Azman Ismail (tekong).

 

Bersama Kedah, mereka juga pernah menjulang Piala Emas Khir Johari dalam Kejohanan Sepak Takraw Kebangsaan pada edisi 1981, 1985, 1986 dan 1987.

Anak kelahiran Alor Setar, Kedah itu pernah bergelar Pemain Terbaik Asia 1984 dan Raja Sepak Takraw Asia 1986.

Libasan Adnan bukan sahaja membantu Malaysia memenangi pingat emas Sukan SEA Jakarta 1979, Manila 1981 dan Singapura 1983, tetapi turut menghadirkan gerun buat musuh tradisi, Thailand.

Loading...
Terkini