comscore
Tumpuan :
Nasional

Lebuhraya KLK Dibuka Secara Berperingkat

Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak (KLK), telah dibuka secara berperingkat mulai enam petang tadi.

Pengendalinya, ANIH berhad memaklumkan ia setelah kerja-kerja pembersihan dan membaik pulih di sepanjang lebuh raya itu hampir selesai.

Para pengguna bagaimanapun dinasihatkan berhati-hati dan mematuhi tanda arah apabila menghampiri laluan kontra di Sungai Dua.

Mereka yang ingin ke laluan pekan karak perlu membuat pusingan ‘u’ sebelum tol karak seterusnya keluar di susur menghala Karak.

Laluan di kilometer 76 sehingga kilometer 78.8 Karak masih ditutup untuk kerja-kerja pembersihan.

Bagi laluan menghala Kuala Lumpur pula, hanya lorong laju akan dibuka iaitu di Bentong bermula dari kilometer 66 sehingga kilometer 70.

Loading...
Terkini